Selasa, 10 Ogos 2010

PENYANYI DAN PEMUZIK TEMPATAN SABAH ERA 1950-1960

WAJAH-wajah ceria di dlam gambar hitam putih ini adalah antara barisan 'penyanyi' dan 'pemain muzik' Kumpulan Pancaragam tempatan Sabah mengabadikan kenangan di pintu masuk Bangunan RADIO SABAH, Jesselton (kini Kota Kinabalu) pada tahun 1950an.

Ahad, 8 Ogos 2010

SALAM PENGENALAN

Salam Perkenalan 1 Malaysia buat anda yang mengunjungi blog ini.  Penulis rasa terpanggil untuk mencatatkan sesuatu mengenai penglibatan awal para penggiat seni suara (penyanyi tempatan) di Sabah seiring perkembangan dunia hiburan tempatan melalui pentas dan radio pada era 1950an dahulu.  Sejak siaran Radio Sabah dilancarkan pada tahun 1955 serentak dengan perasmian bangunan sementara di Bukit Brace, Jesselton (kini Kota Kinabalu) sehingga berkembang ke Wisma Radio di Bukit Nenas, Jalan Tuaran pada tahun 1962, Sabah telah melahirkan bakat-bakat seni suara yang kemudiannya menjadi 'Bintang' dunia seni suara tempatan pada ketika itu.

         Nama-nama penyanyi veteran Sabah seperti Datuk MY Ahmad (Allahyarham), AJ Ajmain (Allahyarham), MY Ismail, AH Yamin, Maskor Dollah, B Sopiah, B Banun, Aishah Mohidin, D Sofia Osman, Ramlah Su (Allahyarhamah) sekadar menyebut beberapa nama, begitu sinonim dengan rancangan hiburan pentas & radio di Sabah pada akhir 1950-1960. Di antara mereka ada yang telah menjadi 'Bintang' atau 'Juara' dalam pertandingan Bintang Radio dan menjadi wakil Sabah ke peringkat akhir di Kuala Lumpur.

        Catatan penulis di ruangan ini adalah hasil pengalaman dan pengamatan penulis sendiri yang membesar  bersama alunan lagu-lagu para artis berkenaan pada era kegemilangan seni suara tempatan Sabah di samping sumber maklumat dan koleksi gambar-gambar daripada album peribadi ayah penulis (salah seorang penyanyi lagu2 keroncong dan pemain muzik era 1950-1960) dan artis-artis veteran terlibat, pihak RTM Sabah dan juga petikan rencana media tempatan yang berkenaan.

        Penulis amat berbesar hati serta mengalu-alukan komen dan informasi daripada anda yang bisa menambah ceriakan lagi ruangan ini.

LYN ARR
Ogos 2010